Tuesday, December 15, 2009
Monday, December 14, 2009
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
1.1. Misi & Visi
VISI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMA
“Memperkasakan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah bagi melahirkan insan Soleh yang seimbang duniawi dan ukhrawi.”
MISI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMA
Menyediakan wadah bagi mentarbiyah pelajar dari
aspek pengayaan, perkembangan, pencegahan, pemulihan untuk mempertingkatkan pengetahuan, ketrampilan dan konsep kendiri positif membentuk insan Soleh dan masyarakat ‘MADANI’ melalui perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang berkesan, beramanah, berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bersumberkan
Al-Quran dan As-Sunnah.
1.2. Matlamat Dan Rasional
1. Usaha-usaha pengayaan, perkembangan, pencegahan, pemulihan dapat membantu mengatasi gejala sosial diperingkat remaja.
2. Kepentingan sekolah sebagai asas pembentukan masa depan murid dari segi akademik, kerjaya, psikososial dan pembangunan rohani.
3. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sepenuh masa dapat memberi ruang kepada murid untuk mengenali dan membangunkan diri sendiri.
4. Cabaran masa kini mendesak perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkualiti, sistematik dan efisen.
1.4. Piagam Pelanggan
UNIT PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING
TEMA : KE ARAH PEMBENTUKAN MODAL INSAN GEMILANG
KAMI WARGA PENDIDIK SEKOLAH MENENGAH AGAMA ................................................................................................................................................. DENGAN PENUH RASA TANGGUNGJAWAB DAN ILTIZAM MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN TOLONG BANTU PELAJAR DARI ASPEK PENGAYAAN, PERKEMBANGAN, PENCEGAHAN DAN PEMULIHAN UNTUK MELAHIRKAN
INSAN SOLEH SEJAJAR DENGAN
TUNTUTAN DUNIAWI DAN UKHRAWI
MELALUI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING YANG BERKESAN, BERAMANAH DAN BERTERASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN BERTERASKAN
AL-QURAN DAN AS-SUNNAH.
2.1. Bidang Tugas
GURU BIMBINGAN SEPENUH MASA (GBSM)
1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibubapa dan bekas pelajar.
3. Merancang dan mengawalselia rekod dan inventori pelajar yang berkaitan dengan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
4. Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai dengan kerjasama guru-guru lain.
5. Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum.
6. Merancang, melaksana, mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara Profesional, beretika dan berlandaskan syariat Islam.
7. Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.
8. Merancang dan mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan mata pelajaran untuk peperiksaan seperti SIB, SMRA,PMR, SMA, SPM dan STAM dengan kerjasama Setiausaha Peperiksaan.
9. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.
10. Merancang, menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang, melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.
11. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti
perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung Bimbingan dan Kaunseling serta kerjaya.
12. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti diskusi KENFERENS dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.
13. Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling serta kualiti pelajar dan sekolah.
14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan di sekolah.
15. Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan di sekolah.
16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
17. Mengenalpasti dan merujuk pelajar, guru, kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukan perkhidmatan kaunseling krisis.
18. Menjadi personel perhubungan/ seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.
19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.
20. Menjadi ahli Jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah.
21. Menjadi Penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.
22. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya.
23. Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Program Sekolah Selamat, Dasar Pendidikan Wajib, Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris & Dasar Bahasa Tambahan, Penempatan (Kemasukan) pelajar di sekolah.
24. Menjadi ex-oficio dalam Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG).
25. Menjadi Penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Agama Johor dan Jabatan Pelajaran Negeri.
26. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

SEJARAH SEKOLAH
1. TAHUN 1964
Atas usaha dan keperihatinan Ustaz Hj Hasbullah bin Hj Salleh, beliau telah mewujudkan kelas pembelajaran bahasa arab dirumahnya. Pelajar terdiri dari kalangan orang dewasa, remaja dan kanak-kanak kampung. Pelajaran yang dititik beratkan pada masa itu ialah Nahu, Sorof serta Lughah. Waktu belajar adalah dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang.
Semakin hari pelajar Ustaz Hj. Hasbullah bertambah, kerana cara pembelajaran yang diajarnya berkesan, sehingga rumah beliau tidak dapat menampung pelajar yang begitu ramai. Sehubungan dengan itu, ramailah pelajar yang memberi cadangan supaya beliau membuka sebuah kelas yang berdekatan dengan rumah beliau. Maka, dari hari ke sehari pelajar-pelajarnya semakin ramai dan berminat untuk mendalami ilmu yang diajar oleh beliau. Dari situ lah bermulanya cadangan untuk beliau membuka sebuah sekolah agama arab untuk anak-anak melayu yang berminat dengan bahasa arab. Di kampung Parit Jawa ini tiada kelas bahasa arab. Sekolah untuk jurusan bahasa arab pun jauh ke Bandar Muar yang jauhnya mengambil masa selama setengah jam untuk sampai ke sekolah tersebut.
Setelah sekolah ini berjalan beberapa tahun, Ustaz Hj Hasbullah dengan penuh yakin dan semangat di atas sokongan pelajar yang kian bertambah dan masyarakat setempat menyokong apa yang dilakukan oleh beliau justeru AJK dibentuk bagi mengusahakan sebuah bangunan yang dapat menampung keperluan pelajar. Dari situ bermulalah usaha mencari sumbangan bagi merealisasikan masyarakat tempatan yang memerlukan tunjuk ajar dari beliau. Dan dengan imbuhan tersebut beliau mula menjalankan kegiatan mengajar dengan membeli barangan atau alatan keperluan mengajar di sekolah berkenaan.
Dengan berbekalkan azam dan cita-cita untuk mendidik anak-anak tempatan, beliau berusaha mendapatkan kebenaran dari Pejabat Majlis Agama Johor di Muar bagi memungut derma untuk mendirikan sebuah bangunan dan membangunkan sebuah pentadbiran yang lengkap dan tersusun. Maka Ahli Jawatan Kuasa yang lain turut memainkan peranan bagi merialisasikan pembangunan berkenaan. Dana yang diperlukan untuk mendirikan sebuah bangunan sekolah telah mencukupi, dan akhirnya pada tahun 1966 terdirilah sebuah bangunan papan dengan 4 bilik kuliyah dengan anggaran kos kira-kira RM 3000.00 Bangunan tersebut didirikan di atas tapak wakaf isteri Hj Hasbullah bin Hj Salleh, Allahyarhamah Samirah bte Hj Manan. Dari situ pelajar mula bertambah sehingga mencapai 100 orang.
2. Perjalanan pembelajaran tahun 1966 :-
Seramai 10 orang pelajar telah menduduki peperiksaan Syahadah Ib'tadiah, keputusan peperiksaan tersebut, seramai 75% telah lulus dan menyambung pelajaran di Maahad Johor. Dua orang pelajar telah mendapat kelulusan yang memberangsangkan dari Sekolah Maahad Johor. dan seterusnya mereka berpeluang untuk melanjutkan pembelajaran ke India, pelajar tersebut ialah Prof. Madya Selamat bin Hashim dan Tuan Haji Maarof bin Mariman. Setelah beliau lulus di India Prof. Madya Selamat bin Hashim seterusnya berpeluang untuk melanjutkan lagi pembelajarannay ke Universiti Al-Azhar di Mesir. Beliau merupakan pelajar pertama dari sekolah ini yang berjaya sehingga ke universiti berkenaan. Manakala sahabat-sahabatnya yang lain telah memegang jawatan sebagai guru agama Kerajaan Johor dan juga jawatan-jawatan tinggi di kerajaan Negeri Johor. Pada tahun 1980 – 1985 , perjalanan sekolah terhenti disebabkan oleh beberapa masalah teknikal dalam pentadbiran. Pada masa itu, bangunan sekolah tersebut dimanfaatkan oleh kerajaan Negeri Johor sebagai sekolah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Muar sebagai sekolah TADIKA.
Tahun 1991 :-
Melalui permintaan dan sokongan masyarakat tempatan, agar pembelajaran bahasa arab diwujudkan semula bagi anak-anak tempatan Parit Jawa. Sehubungan dengan itu, Ustaz Hj. Hasbullah dengan rela hati membantu untuk tujuan berkenaan dengan membuat permohonan sekali lagi di Pejabat Agama Negeri Johor. Dengan keizinan dari Allah Subhanahuwataala, sambutan bagi pembukaan sekolah mendapatkan sambutan yang menggalakkan dan memberangsangkan dari penduduk tempatan yang menggalakkan anak mereka untuk mendalami ilmu bahasa arab. Dengan itu, sukatan pembelajaran bagi bahasa arab telah dibahagikan kepada dua kelas, iaitu untuk tahun 1 dan satu kelas tahun 2. Setelah beberapa tahun sekolah tersebut beroperasi dengan jayanya setelah dilihat dan dipantau keberkesanan sukatan pembelajaran tersebut, cadangann untuk mewujudkan sekolah menengah telah diketengahkan dan diusulkan di Pejabat Agama Negeri Johor dan mendapat persetujuan dari semua pihak yang menyokong.
Tahun 1993 :-
Kewujudan sekolah menengah ini adalah dengan hanya 4 orang pelajar sahaja. Namun pelajarnya kian bertambah dari hari ke sehari hingga pada hujung tahun berkenaan adalah seramai 12 orang pelajar telah mendafatarkan diri di sekolah berkenaan. Kewujudan sekolah ini tidak begitu diiktiraf oleh penduduk kerana terdapat sekolah menengah kebangsaan yang berdekatan. Namun peperiksaan PMR tetap diambil oleh pelajar berkenaan. Tetapi oleh kerana sekolah ini masih belum didaftarkan kod pusat kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor, maka mereka mengambil peperiksaan dengan cara menumpang di sekolah lain iaitu di Sekolah Menengah Pekan Baru.
Berikutan daripada itu, ramai pelajar yang mendaftarkan diri untuk memasuki sekolah ini, dengan itu, pihak AJK mesyuarat untuk mendirikan sebuah lagi bangunan untuk keselesaan pelajar, dengan membeli sebidang tanah EMR 1384 yang bernilai RM 80 ribu bagi membina tiga buah lagi bangunan sekolah untuk memuatkan pelajar yang semakin meningkat seramai 500 iaitu pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah.
Setelah mendapatkan kelulusan tanah tersebut, pembinaan tapak bagi BLOK B untuk bangunan kantin dan BLOK C untuk kelas pembelajaran dijalankan. Di masa yang sama AJK terus berusaha untuk mendapatkan sumbangan kewangan dari beberapa tajaan mahupun sumbangan dari beberapa pihak yang tertentu termasuk dari Kerajaan Negeri Brunei.
Manakala dalam pembinaan BLOK C telah mengalami kekurangan sumber kewangan untuk menyempurnakan blok tersebut. Namun pihak AJK sekali lagi berusaha mendapatkan bantuan dari pihak JAKIM dan mendapat su,bangan sebanyak RM 170 ribu. Usaha bagi pembinaan bangunan sekolah selesai pada tahun 1999.
Tahun 2000 :-
Pihak AJK berusaha lagi mengumpulkan dana untuk pembangunan sekolah seterusnya merancang untuk membeli dua bidang tanah EMR 1229 dengan nilai RM100 ribu dan tanah EMR 1859 dengan nilai RM 110 ribu akhirnya berjaya dimiliki oleh pihak sekolah.
Sehubungan dengan terbelinya tanah-tanah tersebut AJK berusaha mendapatkan bantuan JAKIM bagi pembinaan Musallah dua tingkat yang boleh memuatkan seramai 2,000 orang dengan kos sebanyak RM200 ribu. Usaha tersebut telah berjaya dan pembinaan Musallah diteruskan dengan sempurnya dan mengambil masa selama dua tahun. Musallah berkenaan telah dimanfaatkan oleh penduduk tempatan untuk menunaikan sembahyang fardhu, Jumaat dan juga Solat Sunat Tarawih pada Bulan Puasa kerana pembinaan masjid bagi Mukim Parit Jawa yang sedang dibangunkan.
Seterusnya pada tahun yang sama bangunan rumah guru tiga pintu telah dibina untuk kemudahan guru-guru yang mengajar di sekolah At-Tanwiriah. Memandangkan asrama lelaki belum dibina, usaha mengumpul dana diteruskan untuk membina sebuah lagi bangunan sementara bagi menampung pelajar asrama lelaki, dimana sebelum ini mereka hanya menumpang di tingkat atas musallah.

Subscribe to:
Posts (Atom)